a s t e r i s k
about stuffs links home twitter


sedarlah
12 September 2014 | 2:46 PM | 0 comments


kau ingat aku tak nampak
kau ingat ada dinding depan kau

yang tolong halang pandangan orang
dari lihat kau

aku tak rasa kau sedar
dan aku tak rasa kau rasa diperhatikan
tapi

itu kenyataan.

orang pandang kau
dengan penuh rasa jijik
rasa nak muntah

sebab apa?

perlakuan kau
benda yang kau tayangkan kepada mata manusia
di sekeliling kau

memang jijik

berpegang.
berpeluk.
tepuk tampar.

kau ingat itu bagus?
seronok?

jikalau sudah sah memang tak salah.

tapi satu sebab.

kau tak ada sebarang pertalian.

sengaja memegang.
sengaja berpeluk
sengaja bertepuk tampar.

apa kau ingat perkara itu datangkan pahala?
tetapi perbuatan kau itu mulia di mata syaitan.

"dan janganlah kamu menghampiri zina"

tetapi kau cari alternatif lain.
bersorok dari pandangan manusia.

tapi kau kena ingat.
Allah nampak.

cukuplah aku sakit lihat perkara sebegini.
alimku bukanlah seperti alimnya wanita lain

aku tahu ini satu dosa. kerana itu aku bersuara.

jika kau fikir aku penghalang kau
daripada buat maksiat yang nyata
di hadapan mata mata yang buta
yang buta kepada perbuatan kau.

terserah.

kau sendiri kata, dosa sendiri tanggung
kubur masing masing.
jadi kau boleh urus hidup kau sendiri kan?

aku sudah suarakan .
tinggal kau sahaja tinggal untuk buat tindakan

baliklah. toleh lah kembali
kepada jalan yang lurus. 
patah lah balik.
sesat kau bukan selamanya

aku sedar aku bukannya bagus pun
ada juga kekurangannya
tetapi ini usaha aku.
untuk jauhkan kau
dari jadi rakan karib syaitan 
di neraka kelak.

sedarlah.